Friday, August 28, 2009

JUADAH KEGEMARANKU DI BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum..apabila datang bulan Ramadhan kita dapat lihat bermacam-macam jenis kuih dan laukpauk dijual di pasar ramadhan yangmana jarang-jarang kita jumpa dibulan-bulan lain.
Macam biasa la, juadah seperti gambar kat atas ni adalah "peberet" aku dibulan Ramadhan (bulan lain pun peberet gak). Makanan ni ler aku tibai waktu berbuka n lepas balik dari solat terawikh. Murtabak, rojak mee, cucur udang dan air soya adalah aku punye "peberet" lerr..tapi kalau cucur udang aku lagi suke yang mak aku buat, cicah ngan kuah kacang..perghhh....tapi kalau aku nak makan cucur udang yang mak aku buat aku kene la balik kampung.hehehehe...
Korang pun mesti ada makanan peberet kan? Apa korang punye makanan "peberet" haa? hehehehehe...

Thursday, August 27, 2009

KHASIAT BUAH KURMA


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya :
"Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah S.W.T.

Tuesday, August 25, 2009

PENGGUNAAN PENUTUP MULUT DAN HIDUNG (MASK) DIKALANGAN MASYARAKAT



Semua sedia maklum dunia sedang dilanda Virus Ifluenza A(H1N1) yangmana virus ini boleh mengancam nyawa. Tetapi berapa ramaikah dikalangan kita yang sedar atau tahu bagaimana virus ini boleh merebak, siapa yang berisiko tinggi terhadap jangkitan H1N1 dan sejauh mana peranan mask dapat mengurangkan risiko terhadap jangkitan virus ini. Diharap maklumat di bawah sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada kita semua.

1) Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
-Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk).
-Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.

2) Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
-Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
-Individu berusia 65 tahun dan ke atas
-Kanak-kanak dan remaja (<>

3) Apakah peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan?
-Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.
-Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.
-Surgical maskboleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).

4) Apakah peranan mask di dalam masyarakat ?
-Tiada bukti yang kukuh mengenai pemakaian mask terutamanya di tempat terbuka. Tetapi, ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.
-Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.
-Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.
-Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.

5) Apakah kegunaan surgical mask?
-Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.
-Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.
-Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.

6) Bagaimanakah cara menggunakan mask dengan betul?
-Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
-Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut
- Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
--Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.

-Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.

7) Saranan WHO berkaitan dengan Kebersihan Tangan
Bagi individu yang sihat :
Kekalkan jarak sekurang- kurangnya 1 meter daripada individu yang disyaki menghidap influenza :
-Jangan menyentuh mulut dan hidung.
-Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun dan gunakan bahan pembersih tangan berasakan alkohol, terutamanya jika menyentuh mulut dan hidung dan permukaan yang mungkin boleh tercemar.
-Seboleh- bolehnya, elakkan kontak rapat dengan mereka yang sakit.
-Seboleh- bolehnya juga, elakkan berada di tempat sesak;
-Dapatkan pengudaraan yang baik di kediaman anda
dengan sentiasa membuka tingkap.


Bagi individu yang disyaki mengalami influenza :
Tinggal di rumah jika anda berasa tidak sihat dan patuhi arahan doktor ;
Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari mereka yang sihat dan dan pakailah mask bila mempunyai kontak dengan ahli keluarga.
Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan tisu atau sapu tangan bagi menghalang penyebaran titisan respiratori. Segera buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan dengan sabun dan air.
Pastikan pengudaraan di rumah adalah baik.


Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik Alamat Di bawah
http://h1n1.moh.gov.my/PenggunaanMaskDalamKomunitiBI.php

Thursday, August 20, 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Lusa Insyaalah, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan ramadhan al-mubarakh. Semoga kedatangan ramadhan ini akan lebih bermakna buat kita umat Islam dan mudah-mudahan kita dapat mendekatkan diri kita dengan Allh S.W.T dan mengeratkan lagi hubungan kita sesama umat Islam. Insyaallah.

KENYATAAN MENTERI BESAR KELANTAN


Majlis Fatwa putuskan kenyataan MB Kelantan salahNILAI: Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa ahli atau penyokong parti itu ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata isu berkenaan sebenarnya sudah dibincangkan sejak 2000 lagi dan jawatankuasa itu memutuskan bahawa ketentuan sama ada seseorang Islam masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah SWT. [BERITA PENUH]


DR-TODAK : Semakin lama ana tengok tok guru yg tak berapa tok guru ni cakap seperti tidak menggunakan akal yang waras. ana dulu pun kagum dengan Datuk Nik Abdul Aziz ni, tapi sekarang ni ana tengok dia seperti orang kebanyakan yang tak pernah bersekolah. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan nik aziz kebanyakannya berunsurkan kepentingan politik semata seolah-olah DNAA ni sudah hilang jati diri.

Dulu PAS sibuk melaungkan Islam dan hudud. Sekarang tiada lagi kedengaran. Tu baru kena gertak sikit dengan barua-beruanya. Tapi apa yang jelas ana rasa Pas mempergunakana nama Islam untuk kepentingan politik peribadi mereka. Apakah negara kita sekarang bukan sebuah negara Islam? Berbalik kepada kenyataan DNAA, yang mengatakan penyokong UMNO tidak akan masuk ke Syurga, ana terfikir adakah DNAA mengeluarkan kenyataannya ini mengikut akal yang waras atau mengikut nafsu politiknya. Bagaimana pula dengan orang kafir yang menyokong Pas, adakah mereka ini akan masuk ke syurga? Siapakah nik aziz yang dapat menentukan syurga atau neraka untuk seseorang?

Sebagai seorang muslim ana berharap tokoh poitik yang disegani oleh penyokong pas ini tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh maenimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat Islam. Dunia...dunia..kita semua tahu akhirat adalah yang kekal abadi tetapi kenapa kita masih taksub dengan dunia yang bersifat sementara ini.....

Thursday, August 13, 2009

Dari Dulu Sampai Sekarang...Macam-Macam...


Dari ana kecik sampai besar macam-macam cerita ana dgr tentang pemimipin Umno. Ana masih ingat lagi waktu ana sekolah rendah, masa tengah makan, waktu rehat (bawah pokok). Masing-masing bawak bekal. Waktu tu tak macam zaman sekarang, budak sekolah sekarang ni banyak bawak bekal duit bukan bekal makanan. Dalam tengah dok makan tu, sorang ana punye kawan ni cerita la pasal pemimpin dan politik (dasyat gak kecik-kecik lagi dah sembang bab ni). Dia cakap nenek dia bagi tau kat dia Dr Mahathir (PM waktu tu) nak jual negara Malaysia. Ana yang waktu tu tak tau langsung apa-apa pasal politik ni takut jugak dengar apa yg kawan ana bagi tau tu. Mane taknya, negara nak kena jual. Sapa pulak yg akan perintah negara? Mana ana nak tinggal nanti? "Jahat batul Dr mahathir ni negara sendiri pun nak dijualnya". Tu la apa yg ana pikir sebagai seorang budak.

Tapi hari ke hari tahun ke tahun ana tengok tak ada gaya pun Dr Mahathir nak jual negara. Negara Malaysia makin membangun ada la...orang kata dia zalim tapi tak pernah pulak ana dengar dia seksa rakyat, tolong rakyat ada. Masa nak buat kereta nasional ( PROTON ), ramai yang cakap macam-macam. "Ni kerja membazir, tak dak paedah!". Tengok-tengok dia jugak yang beli kereta Proton, siap bawak anak-beranak, pusing satu Malaysia plak tu. Sama la jugak dengan Putrajaya, orang cakap dia bina mahligai dia lah kt Putrajaya siap tunjuk kat dalam harakah dia punya gambar (mahligai)..tapi la ni ana dah tak dengar dah cerita-cerita fitnah tentang mahligai tu.. tapi ada pulak cerita fitnah baru pulak. macam-macam la.. korang sendiri pun lebih tahu dari ana.

Satu lg kisah yg ana masih ingat tentang perasaan benci pengikut PAS ni terhadap pemimpin UMNO..ini berlaku masa ana dok lepak kat rumah kawan ana la, sambil tu tengok berita kt tv tup..tup keluar la berita tentang Dr Mahathir..dengan pantas kawan ana terus tutup tv katanya meluat tengok muka Dr Mahathir..Sampai mcm tu sekali asuhan pengikut2 PAS terhadap anak2 diorang.."macam ni ke org2 yg dikatakan berjuang atas nama Islam !"

Tapi biasa la manusia ni, bila seketul daging yang ada kat dalam badan tu dah sakit dia akan buat apa saja asalkan dapat memuaskan nafsu serakah dia tu!. Adakah Islam mengajar kita untuk bermusuh sesama Islam? Bermusuhan bukanlah langkah bijak seorang pemimpin "Dunia-dunia......jual orang lagi bagus dari jual unta"