Friday, September 11, 2009

NAK BELI MINYAK WANGI


Sekarang bnyak iklan tentang minyak wangi onedrop perfume. Tingin gak aku nak bli satu set. Betul ke dia punye wangi thn lama? Ada sape2 penah pakai x? Lagi satu minyak wangi ni bleh pakai wat solat n bleh la wat pakai pi solat ari raye nanti.

Aku bukan hape, nak beli yg mehei tu x mampu ler..hehehe. Yang mehei tu mmang ler thn lama dia punye bau tp rege cecah ratus beb. Ceghite pasai mnyak wangi ni aku ada satu kisah la yg aku alami (tekene) masa aku mule2 keje dulu. Member serumah aku ni ada la bwk balik bnyak mnyak wangi pelbagai jenama..dia kate minyak wangi ni kawan dia bwk balik dr oversea (dia pun tekene gak ngan kwn dia kot). Setelah terpengaruh aku pun pilih la satu jenama polo yg botol warne biru sbb yg ni abg pun aku penah pakai, mmng wangi beb.(ori punye). Melayang la aku punye ongkos RM80, kalau tak salah aku la.

Aku pakai tak dan sat dah ilang dia punye bau...cit...sah aku dah tekene. Bila aku komplen kt kwn aku dia kata wangi je n thn lama jer sebab dia pakai mnyak wangi aku pi mandi n dia kata bau tu ada lagi.Mmng la ada tp bau nak tk nak je mungkin dia tak bg kene air kot.

Ari minggu aku pi la pasar mega (carboot sale) dkt ngan stadium shah alam, pusing punye pusing aku nampak la satu gerai yg jual minyak wangi maka aku tertengok ler satu botol minyak wangi sebijik yg macam aku beli tu bau pun same dah le rege dia brapa hinggit jer...cis..cis dan cis lagi..tekono den.

Lepas ari tu kalau ada org jual apa2 seluar jin libas ke jam casino ke yg diorang kata lari dr kastam lah aper2 lah jgn harap aku nak beli.
Berbalik pada ODP, korang penah try ker? OK tak? heheeheee...kalau bagus apa salahnya aku try..

Tuesday, September 8, 2009

AKTIVITI AKU

Hari sabtu lepas aku pi shopping barang untuk anak..bnyk gak la aku melabur kt tokey-tokey kedai tu..tapi baju raya dia tak beli lagi, aku beli barang lain dlu. Banyak lg yang tak beli tapi poket dah kering..waaaa....

Semalam hari isnin cuti sempena Nuzul Al-Quran. Aktiviti aku padat sikit, biasa aktiviti todo..hehehe..Aku, isteri n abang ipor sponsor makan untuk berbuka kt masjid jadi aku kena la tolong apa yang patut.

Pagi aku pi masjid tolong abah (pak mertua) aku masak tapi aku cume tolong potong bawang jerr n wat apa-apa yang patut. Lepas solat zuhur aku tolong abang ipaq aku plak wat kebab, aku tolong bakar daging..penat wooo...panas lagi..

Siap goreng daging kebab kena tidokan anak plak pasal mama dia kata dia tak nak tido. Aku kene la guna kepakaran aku untuk tidokan anak.. sekejap je aku buai terus lena..nak ayah dia jugak yg tidorkan. Anak ayah la katakan..aku pun tido sekali la..letih..


Lepas solat asar aku bagi anak makan (dah jaga) sebab mama dia ada keje kt dapur. Siap bagi makan anak aku tolong bakar ayam plak..panas woooo..baju bau asap lagi..pastu terus pi mandi bersiap nak pi masjid utk berbuka. Satu keluarga pi...walaupun aku penat sikit tapi seronok.

Semoga di bulan Ramadhan ini membawa keberkatan pada kita semua. Amin..

Friday, September 4, 2009

NAK PI BELI BAJU RAYA


Hari sabtu ni aku ngan isteri cadang nak pi shopping sikit nak pi beli baju anak. Maklum le ni tahun pertama beraya ngan anak..hehehehe.Sebelum ni pun aku dah pi tengok-tengok dah baju budak-budak ni..die punye harge makaih..ngalahkan harga baju org dewasa. Ada yg cecah sampai RM50 sehelai..ish..ish..ish..nasib baik utk baju melayu(anak) isteri aku dah siap beli kain..mak mertua tolong buatkan.

Untuk baju melayu tahun ni aku pakai yang tahun lepas punye cume butang je yg baru tu pun isteri aku yg belikan...hehehehe..baju ngan seluar raya tengok la dulu kalau ada bajet lebih, kene utamakan isteri dulu. Untuk mak ngan ayah aku pun aku kena pikir gak nak bali apa, takkan tiap-tiap thn yg same je (baju kurung, tudung, baju melayu, baju kemeja & kain pelekat)..semua ni abang2 aku pun mesti beli punye untuk mak n ayah aku tp aku nak beli apa yek untuk mak n ayah aku?

Apapun aku sedar tanggungjawab aku dah bertambah selepas bergelar suami dan seorang ayah serta tanggungjawab aku sebagai seorang anak terhadap kedua ibubapa.

Wednesday, September 2, 2009

DULU DAN SEKARANG DIBULAN RAMADHAN


Assalamualaikum..minggu lepas cuti 3 hari, apa lg lepas keje aku terus la balik umah sewa, kemas apa yg patut terus ler merempit blik Kampung. Semangat nk bebuke kt Kampung la katakan. Heeehehehehe..biasa la mak aku buat cucur udang. Tapi aku bukan nak citer pasal cucur udang tp perbezaan yg aku rasa (perasan) masa aku kecik-kecik dulu dibulan ramadhan ngan mase aku dh bekeje.
Memang tak dinafikan zaman kanak-kanak adalah zaman yg paling syok. Betoi tak? Masa aku bebudak dulu aku rajin le pi bebuke kt masjid, makan dalam talam..berebut-rebut..sedap wooo. Lepas makan terus solat maghrib lps tu balik umah antar bekas minuman kat umah. Lepas tu keluar smule jumpak kawan2.

Masuk waktu isyak, aku ngan kawan-kawan pi le smule masjid untuk solat isyak ngan solat terawih. Aku solat terawih ikut suka hati aku je..orang lain buat lapan rakaat aku buat sepuluh kadang-kadang ikut rajin..teruk betoikan? Waktu org tengah solat terawih ni le macam-macam dentuman boleh dgr..kaki meriam dgn meriamnya kaki mercun ngan mercunnye lar... Kadang-kadang aku pun tekejut, bebudak ni main betul-betul dkt ngan masjid.Nasib baik imam tak melatah. Ramai btoi bebudak dtg masjid. Ada yg solat ada yg dtg nak main, maklum ler..mlm bulan pose ni la aku ngan bebudak lain dibenarkan keluar waktu malam oleh mak ngan ayah masing-masing.

Waktu bulan pose ni jugak la ada yg cari sumber pendapatan lebih ngan jual kerang rebus. Jual kerang rebus ni dh jd macam trend. Asal tiba je bulan pose mesti ada org jual kerang rebus. Kerang rebus ni pun aku punye peberet gak..meleleh aiyaq mata sebab diapunye sambal pedas wooo..

Tapi tu semua dulu la masa aku budak-budak . Sekarang ni waktu solat terawih dah tak ada budak-budak, org mude pun boleh kira ngan jari sebelah tangan je. Yang ada golongan ibu dan ayah-ayah yang rata-ratanya berumur lebih dr 65 tahun. Aku terpikir gak mana pi nye budak-budak ni...patut la tak ada budak-budak, budak yg dulu tu dh besar dah merantau cari rezeki kt rantau orang termasuk la aku..heeehehehe..yang ada pun cucu-cucu je tu pun berapa org je..yg lain tunggu nak dekat hari raya la baru balik kampung.

Mercun? Meriam? dah tak sehebat dulu. Kalau meriam ni, sekali meletup bergegar cermin tingkap kat umah..satu kampung dengar. Tapi aku tak main ler, mercun pun aku tak berani nak main..pasai aku ni penakut sikit..lg pun kalau ayah aku tau sah-sah la talipinggang hinggap kt betis aku. Org jual kerang rebus pun dah tak ada agaknya.

Tapi tu semua kenangan aku dulu la waktu bebudak dulu..korang sumer mesti ada gak kenangan waktu budak-budak dulu kan.......

Friday, August 28, 2009

JUADAH KEGEMARANKU DI BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum..apabila datang bulan Ramadhan kita dapat lihat bermacam-macam jenis kuih dan laukpauk dijual di pasar ramadhan yangmana jarang-jarang kita jumpa dibulan-bulan lain.
Macam biasa la, juadah seperti gambar kat atas ni adalah "peberet" aku dibulan Ramadhan (bulan lain pun peberet gak). Makanan ni ler aku tibai waktu berbuka n lepas balik dari solat terawikh. Murtabak, rojak mee, cucur udang dan air soya adalah aku punye "peberet" lerr..tapi kalau cucur udang aku lagi suke yang mak aku buat, cicah ngan kuah kacang..perghhh....tapi kalau aku nak makan cucur udang yang mak aku buat aku kene la balik kampung.hehehehe...
Korang pun mesti ada makanan peberet kan? Apa korang punye makanan "peberet" haa? hehehehehe...

Thursday, August 27, 2009

KHASIAT BUAH KURMA


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya :
"Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah S.W.T.

Tuesday, August 25, 2009

PENGGUNAAN PENUTUP MULUT DAN HIDUNG (MASK) DIKALANGAN MASYARAKAT



Semua sedia maklum dunia sedang dilanda Virus Ifluenza A(H1N1) yangmana virus ini boleh mengancam nyawa. Tetapi berapa ramaikah dikalangan kita yang sedar atau tahu bagaimana virus ini boleh merebak, siapa yang berisiko tinggi terhadap jangkitan H1N1 dan sejauh mana peranan mask dapat mengurangkan risiko terhadap jangkitan virus ini. Diharap maklumat di bawah sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada kita semua.

1) Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?
-Virus influenza A (H1N1) berjangkit daripada manusia ke manusia yang lain melalui titisan cecair pernafasan (iaitu ketika bercakap, bersin atau batuk).
-Sesiapa sahaja yang berhubung rapat (kira- kira 1 meter) dengan mereka yang mempunyai gejala selesema seperti demam, bersin, batuk, selesema, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk terdedah kepada titisan cecair pernafasan yang berjangkit.

2) Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
-Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
-Individu berusia 65 tahun dan ke atas
-Kanak-kanak dan remaja (<>

3) Apakah peranan mask di dalam suasana penjagaan kesihatan?
-Penggunaan mask boleh mengurangkan jangkitan influenza.
-Nasihat penggunaan pelindung muka haruslah disertakan dengan latihan cara penggunaan yang betul, saiz yang tepat (contoh : mask N95), bekalan yang tetap dan kemudahan pelupusan mask yang betul.
-Surgical maskboleh digunakan jika tiada hubungan secara langsung dengan pesakit H1N1. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif jika bekalan mask N95 tidak mencukupi (bagi situasi ini, mask N95 hanya perlu digunakan untuk prosedur percikan/semburan).

4) Apakah peranan mask di dalam masyarakat ?
-Tiada bukti yang kukuh mengenai pemakaian mask terutamanya di tempat terbuka. Tetapi, ia boleh digunakan di tempat tertutup dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang disyaki menghidap influenza.
-Orang awam boleh memakai surgical mask di rumah atau di dalam kawasan kejiranan, terutamanya jika mereka berhubung secara langsung dengan individu yang disyaki menghidap influenza. Contohnya semasa memberi rawatan dan penjagaan kepada ahli keluarga.
-Memakai mask membolehkan mereka yang disyaki menghidap influenza melindungi mulut dan hidung mereka dan juga membantu mengawal sebaran titisan cecair, juga sebagai sebahagian adab batuk.
-Mask juga boleh disarankan kepada mereka yang berisiko tinggi semasa mereka berada di kawasan yang sesak.

5) Apakah kegunaan surgical mask?
-Mask membantu menghentikan penyebaran titisan cecair daripada tersebar.
-Juga membantu percikan cecair daripada memasuki mulut atau hidung mereka yang memakai mask tersebut.
-Mask haruslah dipakai sekali sahaja dan dibuang dengan cara yang betul selepas digunakan.

6) Bagaimanakah cara menggunakan mask dengan betul?
-Letakkan mask untuk menutup mulut dan hidung dan ikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
-Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut
- Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
--Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.

-Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.

7) Saranan WHO berkaitan dengan Kebersihan Tangan
Bagi individu yang sihat :
Kekalkan jarak sekurang- kurangnya 1 meter daripada individu yang disyaki menghidap influenza :
-Jangan menyentuh mulut dan hidung.
-Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun dan gunakan bahan pembersih tangan berasakan alkohol, terutamanya jika menyentuh mulut dan hidung dan permukaan yang mungkin boleh tercemar.
-Seboleh- bolehnya, elakkan kontak rapat dengan mereka yang sakit.
-Seboleh- bolehnya juga, elakkan berada di tempat sesak;
-Dapatkan pengudaraan yang baik di kediaman anda
dengan sentiasa membuka tingkap.


Bagi individu yang disyaki mengalami influenza :
Tinggal di rumah jika anda berasa tidak sihat dan patuhi arahan doktor ;
Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dari mereka yang sihat dan dan pakailah mask bila mempunyai kontak dengan ahli keluarga.
Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan tisu atau sapu tangan bagi menghalang penyebaran titisan respiratori. Segera buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan cuci tangan dengan sabun dan air.
Pastikan pengudaraan di rumah adalah baik.


Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik Alamat Di bawah
http://h1n1.moh.gov.my/PenggunaanMaskDalamKomunitiBI.php